PENGENALAN Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Ledakan era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Demi mewujudkan negara bangsa berkualiti hendaklah bermula daripada pendidikan. Pendidikan merupakan mekanisme asas dalam meningkatkan pembangunan negara agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pendidikan memerlukan gemblengan tenaga daripada semua pihak bagi mengangkat status Malaysia dalam dunia pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyertai penilaian antarabangsa iaitu Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) untuk mengukur taraf kualiti pendidikan negara. Namun demikian, sejauh mana kedudukan Malaysia dalam penyertaan penilaian antarabangsa tersebut? Persoalan tersebut timbul setelah melihat keputusan negara Malaysia berada pada kedudukan sepertiga terbawah di antara 74 buah negara. Kementeri
Penulisan Akademik